Saturday 30 March 2024

SUNWAY BANTU PENDUDUK SUNGAI PINANG

 
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kelantan mengadakan penyerahan sumbangan barangan runcit kepada 70 keluarga di kawasan Daerah Sungai Pinang, Jajahan Tumpat, Kelantan. Majlis tersebut telah diadakan di Pejabat Penggawa Sungai Pinang.
 
Barang keperluan tersebut adalah sumbangan atau tajaan Sunway sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilakukan dengan kerjasama BSMM Negeri Kelantan.
 
Sumbangan disampaikan oleh Pengarah BSMM Negeri Kelantan, Mohamad Nazari Mohamed Noor kepada Penggawa Sungai Pinang, Fadli. Hadir sama dalam program ini ialah Pengurus Negeri BSMM Negeri Kelantan, Muhamad Kharudi Abdul Rashid.
 
Terima kasih kepada kakitangan BSMM Negeri Kelantan dan semua pihak yang membantu dalam pengurusan dan menjayakan majlis tersebut.

Gambar - (Dari kanan) Kharudi, penerima, Fadli dan Nazari.

Majlis dilangsungkan pada 27 Mac 2024.