Tuesday, 26 July 2016

RAWAT LEMAH TENAGA BATIN


Banyak cara rawat penyakit mati pucuk atau lemah tenaga batin. Kaedah rawatan mesti ikut cara betul dan jangan taksub penggunaan ubat kuat.

Mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk tegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.

Terdapat pelbagai rawatan lemah tenaga batin sedia ada:

Pengambilan pil
Terdapat 3 jenis pil kini tersedia daripada doktor dan ia bertindak dengan simulasi secara seksual. Bergantung kepada jenis rawatan, ia memerlukan sekitar 20 minute hingga 1 jam sebelum berkesan. Tempoh keberkesanan berbeza antara 3 jam sehingga 36 jam. Rujuk kepada doktor atau farmasi untuk mendapat nasihat dan cara pengambilan pil ini.

Alprostadil
Produk ini boleh disuntik ke dalam zakar atau dimasukkan dengan menggunakan peralatan khusus. Ia biasanya perlu dilakukan sebelum melakukan hubungan seks. Rujuk kepada pakar untuk mengetahui cara penggunannya.

Pam hampagas zakar 
Penggunaan pam hampagas zakar bertindak dengan menarik darah ke dalam zakar menyebabkan pengaliran darah lancar dan membantu zakar jadi tegang. Proses ini perlu dilakukan secara berkala seperti satu bentuk senaman.

Rawatan hormon
Rawatan cara ini jarang digunakan, tetapi sesetengah lelaki menerima hormon bagi menangani masaalah ketegangan mereka. Ini bergantung kepada punca masaalah dan beberapa faktor lain. Rujuk dan dapatkan nasihat dari doktor pakar tuan.

Pembedahan bahagian zakar 
Prosedur ini dianggap langkah terakhir. Kaedah biasa dilakukan ialah menanam prosthetik yang membabitkan memasukkan batang buatan ke dalam zakar.

Khasiat herba tradisional 
Herba tradisional banyak digunakan untuk memulihkan tenaga batin sejak turun temurun. Nama tongkat ali, tunjuk langit, lintah gunung dan banyak lagi amat terkenal di kalangan orang Malayu. Namun berhati-hati dengan produk yang dicampur dengan bahan terlarang.

Urutan pulih tenaga batin.
Cara ini banyak digunakan di kalangan orang Melayu. Tukang urut pulih tenaga batin akan membuat urutan untuk mengalirkan darah dengan lancar.  Urutan dilakukan pada bahagian zakar dan urat-urat yang berkaitan.

Senaman pulih tenaga batin.
Terdapat senaman khusus yang dikaitkan untuk memulihkan tenaga batin. Senaman itu melibatkan pergerakan khusus yang memberi kekuatan tenaga batin.

Khidmat bomoh 
Bomoh tenaga batin biasa dikaitan untuk memulihkan tenaga kelelakian lelaki akibat perbuatan pihak lain yang menggunakan kaedah jahat untuk melemahkan tenaga batin lelaki.  Justeru, kaedah pembomohan juga dilakukan.

Khidmat nasihat pakar sakit tuan
Nasihat merupakan satu jalan, apabila punca psikologi disyaki atau mesti diketepikan, atau sebagai membantu menguruskan ketegangan fikiran.

No comments:

Post a Comment