Tuesday, 29 November 2016

KHIDMAT UPAH NIKAH CINA BUTA


Khidmat cina buta diperlukan segera. Jadi suami sementara atau suami ekspres kepada janda muda. Mesti sihat tubuh badan dan sanggup patuh kepada syarat yang ditetapkan. Upah boleh dirundingkan.

Kisah gila talak berlaku apabila suami menceraikan isteri dengan talak tiga sama ada sekaligus atau tiga kali bercerai, ingin kembali hidup bersama dengan isterinya, namun tidak dibenarkan oleh syarak. 

Suami yang menceraikan isterinya dengan talak tiga tidak boleh rujuk kembali atau berkahwin semua, melainkan setelah bekas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dengan akad nikah yang sempurna, selepas selesai tempoh idahnya.

Bekas isteri sudah disetubuhi oleh suami baharunya. Bekas isteri itu diceraikan oleh suami baharunya, sama ada suaminya itu meninggal dunia atau suaminya itu menceraikan wanita tersebut. 

Untuk melunaskan kehendak hukum agama itu, maka wujudlah apa yang dinamakan cina buta atau di Indonesia dikenali sebagai“Chindor Buta”. Cina buta diupah untuk menjadi suami sementara dan melakukan syarat ditetapkan oleh syarak itu bersetubuh dengan isteri dan kemudianya menceraikan bagi membolehkan berkahwin dengan bekas suami. 

Memandangkan bukan muda untuk mencari lelaki yang sanggup menjadi cina buta, tambah lagi dalam keadaan terdesak, maka ada individu yang menjadikan cina buta sebagai satu kerjaya.

Mereka menjadi pak sanggup atau cina buta semata-mata mengidamkan imbuhan lumayan mencecah RM10,000 serta berpeluang bermalam dengan isteri ekspres bagi memuaskan nafsu selama sebulan sebelum diceraikan.

Dengan imbuhan serta pelbagai barangan mewah lain diberikan isteri ekspres masing-masing, kumpulan cina buta terbabit tidak kisah dilabel dengan gelaran itu, malah memberi alasan ia bukan perkara mendatangkan kesalahan kerana segala-galanya dilakukan mengikut syarak.

Bagi memudahkan pelanggan terdesak menghubungi mereka, kumpulan cina buta terbabit mendedahkan identiti serta maklumat peribadi berserta nombor telefon masing-masing dalam laman web.

Terdapat khilaf atau perbezaan pendapat di kalangan ulama berkaitan dengan cina buta.  Mereka membahaskan sama ada nikah cina buta itu sah atau sebaliknya.  Jika tidak sah, maka implikasinya ialah persetubuhan pasangan bercina buta itu adalah haram.  

Begitu juga perkahwinan dengan bekas suami juga tidak sah kerana tidak menepati peraturan atau syarat bahawa bekas isteri itu perlu kahwin dan bersetubuh dengan suami barunya. 

Cara terbaik untuk mengelak perkara ini ialah para suami perlu berhati-hati dalam melafazkan talak.  Perkara itu bukan boleh dibuat main. 

Baginda Rasulullah SAW. Bersabda, “Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah perceraian”.

1 comment:

  1. ANDA SUKAR MENCARI PASANGAN!!!!

    PERMASALAHAN ANDA RUMIT DAN SUKAR UNTUK DINYATAKAN DALAM BAB PERKAHWINAN!!!!!!!

    PERLUKAN KHIDMAT NASIHAT ATAU BANTUAN DISAAT KECEMASAN!!!!!

    CERAI TALAK TERAKHIR???? NAK RUJUK SEMULA ATAS SEBAB LAIN!!!!!

    SILA HUBUNGI SAYA :

    engkuhitammanis@gmail.com

    CUBA SELESAIKAN PERMASALAHAN DENGAN CARA TERBAIK.

    JANGAN MALU JANGAN SEGAN UNTUK KIRIMKAN EMAIL ANDA.

    SEGALA PERBINCANGAN ADALAH RAHSIA DEMI MENJAGA MARUAH ANDA

    ReplyDelete