Tuesday 29 November 2016

KEPENTINGAN FUNGSI VITAMIN E


Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.

Vitamin E memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.

Vitamin E memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.

Vitamin E juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.

Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Vitamin E didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin.

Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung,  telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ, kacang soya, ubi kentang dan gandum. 

Melindungi jantungPengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan perngasidan lipid; meningkatkan kolesterol HDL; mengurangkan tekanan darah; menghalang platelet darah melekat kedinding arteri; menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dll.

Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif.  Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU – 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

-  Anti-Penuaan 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis haluls, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihakan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha. 

Anti-Oksidan yang Kuat.  Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan utnuk melawan kanser, mengukuhkan system imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi – katarak dan masalah penglihatan.  

Kelestarian Tenaga.  Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

Lelaki perlu mengambil lebih banyak Vitamin E untuk:
- Menghasilkan sperma yang lebih banyak
- Meningkatkan paras testosteron di dalam badan
- Memperbaiki kualiti dan membantu pergerakan sperma
- Mengelakkan cepat letih dan lesu
- Meningkatkan daya tumpuan
- Mengelakkan mati pucuk  

No comments:

Post a Comment