Sunday 30 April 2017

SEGERA REBUT PELUANG KEJAYAAN

Peluang yang baik tidak datang selalu. Tetapi biasanya kita menolak peluang itu. Kita tidak yakin atau tidak mahu merebutnya. Peluang itu dibiarkan terlepas begitu saja.

Anda tentu pernah ditawarkan pelbagai peluang untuk kejayaan dan kehidupan lebih baik. Namun, mungkin anda ragu-ragu untuk menerima tawaran itu. 

Mungkin kerana anda memang tidak berminat atau ragu-ragu dengan kebenaran tawaran itu. Tambah lagi, ada berita dan cerita mengenai pelbagai pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menipu orang ramai yang menyebabkan kerugian berjumlah jutaan ringgit.

Berkaitan itu, ada patut berfikir dan mengambil keputusan bijak. Jika sesuatu menjanjikan pulangan yang besar dengan modal kecil serta tidak perlu 'buat' apa-apa, itu memang anda patut meraguinya. 

Tetapi, jika tawaran itu menjelaskan tentang usaha dan kesungguhan yang perlu dilakukan untuk berjaya, maka itu ada lojiknya. Untuk berjaya, tentunya perlu kepada modal dan usaha.

Jadi, cubalah fikir-fikirkan untuk menerimanya biarpun perkara baru atau nampak seperti sukar untuk berjaya. Sesungguhnya, tidak ada kejayaan mudah untuk mencapai sesuatu yang hebat.

Mari kita belajar tentang apa yang berlaku dalam usaha menubuhkan Facebook. Kisahnya, Mark Zuckerberg, Founder of Facebook mempelawa 5 orang kawan beliau untuk berbincang mengenai mewujudkan Facebook.

Tetapi hanya 2 kawan yang datang untuk mendengarnya. Hasilnya, sekarag kedua-dua orang tersebut juga adalah orang utama di Facebook bertaraf billionaire dengan masing-masing mendapat keuntungan 6.5 Billion dan 3.4 Billion, Dustin Moskovitz dan Eduardo Saverin.

Sedangkan tiga lagi kawan beliau yang tidak datang pada masa itu sekarang bekerja di syarikat beliau.

MORAL:

Apabila seseorang tawarkan anda peluang perniagaan, Ambil saja walaupun anda masih belum faham. Kerana peluang bukan datang berkali-kali. "Fikir dulu la" dan "nanti la" akan buatkan anda kerugian besar dan buang banyak masa dan duit anda sepanjang memikirkan peluang tersebut.

Peluang bukan datang berkali-kali. Suatu hari nanti, apabila anda berjaya, anda akan berterima kasih pada diri anda kerana melakukan keputusan yang betul. Seperti apa yang berlaku kepada 2 orang kawan Mark Zuckerberg.

No comments:

Post a Comment